Monday, June 8, 2009

10 ciri kekasih SeraSi..

Perhubungan yang kekal terbina kerana adanya keserasian dari dua hati. Andai kamu dan si dia cukup serasi, tiada apa yang dapat memisahkan kamu lagi kecualilah ajal dan ketentuan TUHAN. Jadi bagi yang baru berjinak-jinak bercinta, pastikan cinta yang hadir dalam hidupmu itu begitu serasi denganmu. Sekiranya kamu keliru apa yang dimaksudkan serasi? Berikut adalah 10 ciri- cirri pasangan yang dikatakan SERASI. . .

  1. Dari awal berkenalan lagi, kamu dan si dia tidak pernah sekalipun punya perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
  2. Kamu dan si dia punya hobi dan minat yang sama.
  3. Di saat kamu sedang bersedih si dia tahu cara untuk menggembirakan kamu. Begitu juga dengan kamu, sentiasa tahu untuk menceriakan hidupnya walaupun si dia dalam keadaan bersedih.
  4. Cara kamu berdua berbual dan bergurau sama dengan kamu berdua berbual dan bergurau dengan teman-teman lain. Ini menunjukkan kamu berdua tida pernah hipokrit di hadapan antara satu sama lain.
  5. Andai kamu atau si dia sedang marah, kamu berdua saling mengelak untuk bertemu, kerana tidak mahu orang yang disayangi menjadi mangsa kemarahannya.
  6. Saling menerima seadaanya biarpun mungkin kamu dan si dia tidak sesempurna orang lain misalnya punya fizikal yang gemuk, pendek, masalah muka berjerawat dan lain-lain.
  7. Sekiranya kamu atau si dia melakukan kesalahan masing-masing akan cepat-cepat memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Bukannya saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
  8. Kamu dan si dia saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memaksa melakukan sesuatu yang kamu atau si dia tidak suka lakukan.
  9. Kamu berdua sanggup bersusah payah untuk cuba menagadakan atau menunaikan apa yang kamu inginkan.
  10. Biar sibuk bagaimana sekalipun, kamu dan si dia sentiasa bersedia untuk menemani antara satu sama lain saat diperlukan.

No comments:

Post a Comment